RM39.00 RM59.90
[Buku Parenting] Set Mendidik Khalifah Muda (3 buku dalam 1)
Price RM39.00 RM59.90
Availability In Stock
Quantity
Description

Sebagai ibu bapa, mendidik anak adalah satu kewajipan yang perlu diberi kesungguhan dan komitmen sepenuhnya. Anak-anak ibarat kain putih,ibu bapa yang harus mencorakkannya. 

 

Mendidik Khalifah Muda merupakan panduan praktikal untuk membantu ibu bapa dan penjaga membesarkan anak-anak ke arah cara hidup Islam. Perkongsian berdasarkan pengalaman penulis dengan pelbagai ilustrasi berwarna, ditulis dengan bahasa yang indah dan ringkas, mudah diikuti dan difahami pembaca.

 

Terdapat 3 tajuk dalam 1 set :

 

1) Tips Mendidik Khalifah Kecil

2) Mendidik Generasi Al-Quran

3) Bahaya Gadget kepada Anak-Anak

_____________________________________________________________

Tajuk : Mendidik Khalifah Muda
ISBN : 978-967-2896-66-1
Penerbit : Evergreen EduPress Plt
Penulis : Dr Hajah Sabariah Faridah Jamaluddin  
Tahun Terbitan : Pertama (2022) & Kedua (2023)
Halaman : Berwarna

 

Tentang Penulis 

 

Dr. Sabariah Faridah, yang lebih akrab disapa sebagai Teacher Fari, adalah seorang pencinta kanak-kanak yang dulu digelar "Children Whisperer." Minat mendalamnya terhadap dunia kanak-kanak bermula sejak remaja, ketika belajar di University of Ottawa, Canada hingga ke PHD beliau dalam pendidikan awal kanak-kanak. Dengan pengalaman lebih dari 35 tahun dalam pendidikan kanak-kanak dan remaja, beliau telah mengasaskan serta menaungi lebih daripada 500 tadika dan 13 sekolah di seluruh Malaysia, Indonesia, dan Filipina.

 

Apa yang lebih mengagumkan, Dr. Sabariah Faridah juga seorang ibu kepada lima orang anak yang telah menghafal Al-Quran, dan kini dia gembira mengasuh 11 orang cucu yang cerdik lagi ceria. Saat ini, beliau dengan tulus mewakafkan ilmu, pengalaman, dan dedikasinya kepada ibu bapa serta guru-guru Islam di seantero dunia.

 

Ayuh, izinkan Teacher Fari membantu anda dengan buku-buku ini!